Wednesday, 10 December 2014

Perbezaan jiwang dan romantik

Jiwang

  • Bermaksud suka mengambil sesuatu perkara dengan sangat berat melalui gaya pemikiran dan penggunaan bahasa apabila perkara itu diluahkan.
  • Perkataan baru di dalam bahasa Melayu.
  • Jiwang ini adalah perbuatan. Ia bukan sesuatu sifat. Jiwang ini adalah perbuatan yang terhasil daripada gabungan PERASAAN seperti kesedihan,kekecewaan, kegembiraan atau kesyukuran.
  • Contoh jiwang adalah, sekiranya ada seorang lelaki yang telah jatoh cinta terhadap seorang perempuan, maka dia akan bersenandung,atau meluahkan perasaannya dengan penuh perasaan. 'Hati aku telah dicuri oleh si pencuri yang dikehendaki! Oh,alangkah peritnya zahir dan batinku apabila jasad dan roh pencuri itu bersemadi dalam hatiku. Inginku membiarkan ia bersemayam di dalam jiwaku,kerana cinta yang hadir ini tidak akan runtuh buat selama-lamanya.'
  • Kadang-kala, perbuatan jiwang ini sangat menjengkelkan kerana sesuatu yang mudah atau simple telah diluahkan dengan cara yang berlebih-lebihan.
  • Jika di alam moden ini, manusia yang jiwang dapat dilihat pada status Facebook atau Twitternya. Jika di alam terdahulu,merekalah penulis puisi,pemain muzik, penyajak serta 'si mulut manis' jantan terhadap pasangannya.
Romantik

  • Ya,romantik ini adalah sifat. Jiwang adalah perbuatan. Malah, jiwang ini pun dihasilkan daripada sifat romatik yang BERLEBIHAN.
  • Romantik adalah sifat yang suka mengambil perhatian terhadap pasangannya, atau pun sesiapa sahaja. Orang yang romantik adalah orang yang bersopan santun, bercakap dengan lembut,penyabar,tidak suka marah-marah,menghormati keputusan orang dan selalu memandang masalah dengan pandangan yang positif.
  • Jangan salah faham,romantik bukannya kepada pasangannya sahaja,tetapi semua orang terutamanya ibu,ayah dan adik beradik.
  • Romantik adalah sifat yang sangat berlainan dengan jiwang. Romantik adalah sifat yang mampu mengawal segala perasaan. Tidak berlebihan waima tidak kurang.
  • Manusia mana yang paling romantik dalam sejarah manusia? Ada dua orang iaitu Nabi Muhammad dan Nabi Yusuf.
Lalu,akan ditanya, mana satu yang lebih baik antara kedua-dua ini? Romantik atau jiwang?

Pastilah jawapannya ROMANTIK kerana romantik ini sifat Nabi. Jiwang adalah sifat si penyair. Jiwang adalah sifat orang yang tidak ada hala tuju dalam kehidupan. Minta maaf ya, tetapi sekarang kita perlu juga bezakan antara orang yang jiwang dengan orang sastera. Orang sastera, kadang-kala ayatnya bukan lahir daripada hati. Ayat yang terkeluar hanyalah terhasil untok mengkayakan seni dan ilmu yang ada.

Jika kita tonton kebanyakan filem P.Ramlee, ah, cukup jiwang Kassim Selamat. Sudahlah putus cinta, kemudian bersenandung hingga buta. Ini jiwang. Tidak ada matlamat hidup. Jiwang ini kadang-kala menyusahkan orang lain dan membuatkan orang lain pening dengan perangai mereka.

Romantik adalah sifat nabi. Romantik adalah sifat yang membahagiakan orang lain.

Rasullullah,sekiranya Saidatina Aisyah sedang marah,baginda sering memicit hidungnya serta diselangi nasihat supaya sentiasa mengucapkan kalimah Allah.

Rasulullah,sering meletakkan kepalanya di atas peha Aisyah untok berehat.

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” ”Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s.a.w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang di kencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Jangan salah faham. Walaupun Rasulullah punya ayat yang sangat manis dan menyentuh hati, itu bukan jiwang. Apa yang Rasulullah sebut adalah ayat-ayat pembangunan jiwa. Sebaliknya seorang yang jiwang sering melihat kebelakang. Langsung tidak membangunkan jiwa,malah mematikannya.
Nabi Yusuf adalah seorang yang romantik,malah dengan kecantikan rupa paras baginda, ia menjadi add-on bagi sifat romantik yang ada. Ingat, perempuan bukannya melihat paras rupa semata-mata,tetapi kebanyakan perempuan tertarik dengan sifat lelaki itu.
Perempuan sukakan perhatian.
Perempuan sukakan kaseh sayang.
Perempuan mahu ia diperhatikan oleh orang yang disayangi.
Maka lelaki perlu faham. Lelaki tidak boleh berdiam. Semenjak aku mentelaah buku Men From Mars and Women From Venus, satu perkara yang menjadi pegangan aku sekarang adalah, apabila seorang lelaki bertanya tentang masalah kepada perempuan, perempuan akan berasa disayangi dan diambil perhatian. Walau apapun masalah yang datang,contohnya kelihatan sedih, mengangkat barang, terbuat salah kepada orang lain, perempuan akan berasa sangat berbesar hati apabila ada lelaki yang bertanya untok menyelesaikan masalah itu bersama-sama. Malah, perempuan berbesar hati apabila lelaki memberikan kritikan berhikmah tentang perbuatannya. Apabila lelaki menegur seorang perempuan untok membaiki masalahnya, perempuan akan menganggap bahawa dirinya sangat dihargai. Misalnya,apabila seorang isteri tertinggal barang di rumah ketika di pejabat,sang suami menghubungi isterinya, "Itulah sayang...saya dah cakap banyak kali dah,bawa barang itu. Bawa barang tu. Sayang tak dengar. Tengok? Sepatutnya sayang kena dengar cakap saya."
Berbeza dengan lelaki. Jangan sesekali perempuan menyatakan kritikan atau saranan tentang masalah kepada lelaki. Contohnya, apabila sang suami tertinggal barang di rumah ketika sudah sampai di pejabat, perempuan jangan sesekali membuat ayat yang seumpama ini: "Itulah abang...Saya dah cakap banyak kali dah,bawa barang tu.Bawa barang tu. Abang tak dengar. Tengok? Sepatutnya abang kena dengar cakap saya." Ayat ini sangat menyakitkan hati walau macam mana pun 'abang' bertukar 'sayang' atau apa pun. Ayat ini membawa maksud penghinaan.
Apa yang si isteri itu niatkan adalah untok mengambil berat tentang suaminya. Isteri mahu menunjukan rasa caring terhadap suaminya. Sebab itulah digunakan ayat itu. Disebabkan suami menggunakan ayat itu dan dia berasa dijaga, maka dia gunakan ayat yang sama kepada suaminya. JANGAN! Sifat semula jadi lelaki adalah sifat yang ingin menunjukkan mereka kuat dan mampu lakukan sesuatu. Perempuan jangan sesekali memberi saranan atau memberi peringatan kerana itu membuatkan lelaki kelihatan lemah. Meskipun tujuan saranan dan peringatan itu untok menunjukkan rasa caring, tetapi bagi lelaki,ia satu penghinaan. Cukuplah memberi sokongan dan pujian,walaupun pujian itu tak layak diberikan.
Anda mahu menjadi romantik? Ya,tanggungjawab romantik itu bukan dipikul oleh suami sahaja. Bukan dipikul oleh lelaki sahaja. Tetapi perempuan juga perlu menjadi romantik.
Perempuan yang romantik adalah perempuan yang sering memandang masalah itu sebagai masalah kecil, sering memberikan pujian terhadap pasangannya, sering memberikan senyuman, berminat dengan luahan perasaan oleh lelaki.dan yang paling penting, tidak pernah merendah-rendahkan kegagalan pasangannya.
Lelaki yang jiwang,akan menghasilkan lelaki yang menderita. Lelaki yang romantik akan menghasilkan suasana harmoni antara manusia. Perempuan yang jiwang, akan berkurang keistimewaan Hawa. Perempuan yang romantik, akan menyebarkan mahabbah terunggul di serata dunia.
Kita boleh mengikut sifat Rasulullah yang romantik. Tetapi jangan sesekali kita berharap kita seromantik baginda.
Copyby : akumelayuislam.blogspot.com